Saturday, October 9, 2010

Salam Malaysia... Sudah lama saya tidak mengUPDATE laman blog saya kerana kesibukan serta kesuntukan masa.. Baru-baru ini saya telah terlibat dengan sukan Malaysia yang ke-13 (SUKMA).. Seperti biasa saya masih lagi aktif didalam bolasepak dan masih lagi mewakili Pahang.. Banyak juga kutipan emas pada tahun ini dan seperti biasa atlit Shooting (menembak) masih lagi menepati ramalan serta mengaut hampir kesemua emas didalam sukma-13..

Bolasepak masih lagi lesu dengan hanya sempat menempah tiket ke Quarter Final sahaja... Dan masa itu lah detik hitam ku bermula.. Hanya 20 minit baru permainan berlangsung saya sudah diusung keluar kerana Tendon lutut ku terputus (kata doktor)... Perasaan hampa bukan kepalang kerana saya tidak dapat menikmti perlawanan serta tidak dapat berbakti untuk negeri yang saya wakili.. Perlawanan pada petang itu cuaca nya agak kurang baik kerana hujan lebat sebelum perlawanan.. Ketika saya sudah dapat menjinakkan bola kaki kanan ku telah memasuki jerankap samar ( lubang ) dan pada masa itulah detik hitam ku bermula... Air memenuhi padang membuatkan saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik..

Sekarang saya tidak dapat bermain bolasepak serta melakukan aktiviti seperti biasa kerana mengalami sakit yang teramat sangat bila melakukan aktiviti yang heavy duty.. Menyesal pun tidak berguna lagi.. Terlajak perahu boleh ku undur, terlajak perbuatan sakit ku dapat...

Sampai sini dahulu text kali ini.. Insyaallah jika saya masih lagi bernafas dan mampu lagi melihat akan ada text yang lain... Salam Malaysia...

No comments:

Post a Comment