Saturday, October 9, 2010

Salam Malaysia... Sudah lama saya tidak mengUPDATE laman blog saya kerana kesibukan serta kesuntukan masa.. Baru-baru ini saya telah terlibat dengan sukan Malaysia yang ke-13 (SUKMA).. Seperti biasa saya masih lagi aktif didalam bolasepak dan masih lagi mewakili Pahang.. Banyak juga kutipan emas pada tahun ini dan seperti biasa atlit Shooting (menembak) masih lagi menepati ramalan serta mengaut hampir kesemua emas didalam sukma-13..

Bolasepak masih lagi lesu dengan hanya sempat menempah tiket ke Quarter Final sahaja... Dan masa itu lah detik hitam ku bermula.. Hanya 20 minit baru permainan berlangsung saya sudah diusung keluar kerana Tendon lutut ku terputus (kata doktor)... Perasaan hampa bukan kepalang kerana saya tidak dapat menikmti perlawanan serta tidak dapat berbakti untuk negeri yang saya wakili.. Perlawanan pada petang itu cuaca nya agak kurang baik kerana hujan lebat sebelum perlawanan.. Ketika saya sudah dapat menjinakkan bola kaki kanan ku telah memasuki jerankap samar ( lubang ) dan pada masa itulah detik hitam ku bermula... Air memenuhi padang membuatkan saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik..

Sekarang saya tidak dapat bermain bolasepak serta melakukan aktiviti seperti biasa kerana mengalami sakit yang teramat sangat bila melakukan aktiviti yang heavy duty.. Menyesal pun tidak berguna lagi.. Terlajak perahu boleh ku undur, terlajak perbuatan sakit ku dapat...

Sampai sini dahulu text kali ini.. Insyaallah jika saya masih lagi bernafas dan mampu lagi melihat akan ada text yang lain... Salam Malaysia...

Saturday, November 7, 2009

Salam 1 Malaysia buat semua... sudah lama rasanya tidak memenuhi ruangan bloggers.. Harap2 sihat hendaknya kepada semua..

sekarang sudah hampir 6 bulan saya di Ptss.. Tapi rasanya macam baru semalam saya daftar dsini... Baru 6 bulan tetapi bermacam2 perkara manis & pahit serta pelbagai2 ragam telah saya hadapi dsini.. Tinggal lagi 2 minggu untuk saya & rakan2 menyiapkan final projek serta assigment.. Macam nak tkeluar semua benda dalam kepala ni erti kata lain nak pecah kepala la, Heeeehhheee... Tapi nak buat macam mana kan sebab nak berjaya la katakan... Biar susah2 dahulu senang2 kemudian...

Sekarang nie gurlz saya pernah saya katakan di dalam blog sebelum nie telah berpindah daripada PTss nie.. Entah kemana dia sambung belajar saya pun tidak tahu... Semoga dia berjaya Serta mendapat kecemerlangan dmasa hadapan...

Baru2 nie saya & rakan2 telah menjaya kan & menceriakan suasan di Viscom jabatan kami.. Kami telah djemput untuk membuat pementasan teater musikal.. Kami memilih P.Ramli sebagai idola serta cerita2 nya menjadi bahan lakonan kami.. Saya telah menjadi hantu di dalm teater tersebut...

Kami diberi pujian kerana berjaya memecahkan rekod Ptss kerana pelajar Semester 1 yang pertama kali nya membuat pementasan & berjaya.. Syukur Alhamdulillah..


Rasanya sampai sini dahulu penulisan saya, semoga berjumpa lagi di dalam blog yang lain.. Insyaallah..

Thursday, August 27, 2009

Malam Ramadhanku....

Malam adalah sesuatu yang amat harmoni kerana pada malam harilah kte dapat berehat dengan tenang....
Pada malam juga la kte dapat bertemu serta kita dapat meluangkan masa bsama2 keluarga kerana pada siang hari kita sering sibuk dengan pekerjaan pejabat serta kepada student pula ia adalah waktu ke kuliah...

Pada malam ini bsamaan hari khamis malam jumaat, kami telah bsama2 menunaikan solat tarawih secara bjamaah.. Alhamdulillah.. Apabila pulang saya tserempak la dengan beberapa golongan yang tidak pergi menunaikan solat sunat tarawih.. Hur, apa la nak jadi ngan remaja zaman sekarang nie yerk ??? Dah la tak pergi solat takpe la bukan wajib tp yang tak dapat terima ialah mereka ni mcm tak mhormati bulan yang mulia nie.. Mereka tpekik tlolong sne sni pastu ada yang myindir plak 2 kepada yang pergi menunaikan fardhu kifayah.. Mereka bkata " wei tak payah la nak tunjuk rajin g solat 2 mcm la korang bleh masuk syurga,".. Nauzubillah

Please la, sekurang2 nye ada la juga orang 2 nak tolong umat islam menunaikan fardhu kifayah.. Jangan la bkata ape2 walaupun kte jahil pown.. Ada juga la orang mcm nie yerk ?

Pastu pada malam orang duk sibuk dbuai mimpi ape lagi mereka pown mjalankan aktiviti mereka la.. Mereka nie Mcm kelawar la plak coz mereka nie ske tidur siang nmalam diorag nie bjaga la untuk mggu jiran tetangga seperti menjerit, tendang pintu, n etc.... Apela nak jadi... Hurm entahla... Kami d Politeknik nie biasa bangun sahur sama la mcm watu orang bsahur dalam linkungan kul 3-5... Tapi kami membeli awal di cafe kerana cafe tutup pada pukul 2.30... Kadang2 saya tidak mbeli pown kerana rasanya memadai la dengan segelas air mineral dan beberapa biji kurma... Sunnah 2.. Kadang2 tak bangun langsung n langsung tak dapat pahala.. Heeehe..

Oklah rasanyer, jam pown sudah mnunjukkan pukul 12.12 minit tengah malam, rakanku tidak jemu menunggu saya untuk mbeli juadah bsahur jd sampai sini la dulu... Selamat meyambut Ramadhan Al-Mubarak... Salam....

Tuesday, August 25, 2009

Indahnya Ramadhan ku......

Salam.... Ramadhan ku pada tahun ini amat istimewa kerana inilah kali pertama aku menjejak kan kaki di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS) sebagai seorang IPTA.. Hari ini sudah menjejaki hari yang ke-5 umat Islam berpuasa.. Alangkah seronok jika kita mampu menunaikan menggalas tugas yang diberikan oleh Allah kepada kita.....

Sudah bape hari tinggal puasa yerk ??? Hur Hur Hish Hink....... Moga2 masih bpuasa penuh yea... Saya ingin menceritakan suasana di PTSS pada bulan ramadhan....Sambutan ramadhan di sini masih sama dengan sambutan dtempat lain cuma perbezaan nye adalah kami menyediakan bazar ramadhan di dalam Politeknik... Sambutan dbazar amat dluar jangkaan kerana bukan sahaja pelajar muslim yang membeli makanan serta minuman tetapi pelajar non-muslim pun turut sama memeriahkan bazar ramadhan pada waktu petang....

Saya pun selalu juga pergi membeli dbazar.... Maybe banyak pilihan makanan kot..... Hee5.. Ble time membeli 2 faham2 jela lelaki serta perempuan bercampur aduk dan kadang2 bersentuhan la bukan muhrim nie.... Tp nak wat cam ne kan orang ramai n bukan sengaja pun kan ??? Hiiiii5... Ntah la...

Pada hari selasa bersamaan 25/08/09 saya ke bazar ramadhan bteman kan seorang teman perempuan untuk mbeli juadah bbuka.. Ketika saya sreta pasangan saya sedang leka bjalan kami tserempak dengan pelajar sekelaz saya.. Apa lagi rasa nak blah je dari c2 tp memandang kan saya ingin mjaga maruah serta attitude saya sebagai lelaki maka saya mengambil keputusan untuk buat endah tak endah je.... Esok 2 ape lagi bgossip la mereka yang mnyatakan saya sudah ada buah hati.... Susah juga saya nak menepis segala pertanyaan yang dlemparkan kepada saya... Last2 saya ckp no comment jela...

Sekarang agak ceria ceria kerana sekarang sudah ada orang yang mgambil berat pasalku... Dulu tiada sesiapa pun sudi btanyakan khabar apatah lagi bertanyakan pasal diriku.... Alangkah gembira buat masa nie ada juga peneman dikala luka....

Hurm... Agak panjang statement saya kali nie.... hehe5. Semoga kita bertemu lagi dpost yang lain..... Insyaallah... Salam.

Saturday, August 22, 2009

Gunners Goes 4 Glory


Arsenal telah membuat keajaiban apabila mengalahkan Everton 6-1 baru2 nie... selepas itu nasib mereka menyebelahi mereka lagi dengan menumpaskan celtic 2-0 dperlawanan play-off. perjalanan masih jauh buat penyokong fanatik The Gunners. Jangan gembira terlalu awal tetapi menyalahkan Arse Wenger di Penghujung season.. Tetapi adakah padatahun ini Arsenal akan menjadi juara EPL ? Itulah yang di harapkan oleh penyokong Arsenal pada tahun ini kerana mereka telah lama kehausan trophy..

Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama seprti Adebayor, bekas ketua pasukan mereka iaitu Kolo Toure serta masalah kecederaan beberapa pemain, mereka tetap membuktikan bahawa mereka mampu menyaingi kelab2 ternama EPL seperti Man Utd, Chelsea,Liverpool serta kelab baru dambilalih serta banyak membuat pembelian pemain yang ternama iaitu Man City. Man City banyak melaburkan wang keatas pemain seperti Adebayor,Kolo Toure (Arsenal) Carlos Tevez (Man UTD), Santa Cruz ( Blakburn) Gareth Barry ( Aston Villa) dan lain2 lagi. tetapi mampukah City menjuarai EPL ? Adakah mereka juga menjadi Chelsea ? Tunggu dan lihat pada akhir season.

Pada awal pembelian Arsenal telah membeli hanya seorang pemain yang berprestige tinggi tetapi kurang pengalaman dperingkat antarabangsa iaitu kapten pasukan Belgium Thomas Vermaelen(Seperti Dgambar). Harap2 pemain ini mampu menghasilkan impak dibahagian pertahanan The Gunners. Baru2 ini Arsenal dlaporkan membida pemain muda dari Morocco tetapi hingga ke hari ini pemain ini belum dapat menyarung jersi dan membuat penampilan bersama Arsenal. Pemain ini ialah pemain muda dan beraksi untuk marseile serta pemain dalam pembinaan naik. Maruone Chamackh adalah pemain berprofil tinggi dan dilaporkan dapat menggantikan pemain Asenal yang telah menyarung jersi Man City iaitu Adebayor.

Sama2 kita berdoa agar Asenal pada tahun ini dapat memenangi trophy... Insyaallah.....





(Thomas Vermaelen
)

( Maruone Chamackh)

Thursday, August 20, 2009

Oh.. Thanks Adney!! He teach me!! & Finally i have a blog!! Haha

Salam semua manusia dalam dunia.. Dan selamat sejahtera pada yg non-muslim.. pada hari ini, dalam keadaan yg x seberape nak panas ni.. oh sejuknyer.. Saye akhrnye ade blog sendiri.. yae!!! Blog percume jer ni.. Thanks pada Adney Syafiq.. die yg ajar saye buat blog.. die gune wordpress.. saye pun nak gune wordpress tapi die cakap saye eloknye gune blogspot dulu nanti leh tranfer ke wordpress bile da pandai gune wordpress plak.. lagi pun saye dok pening pale dengar cpanel la, hosting la, domain name la.. ntah ape tu..oh! Makenyer die ajar gune blogspot dulu..

Ini post pertama saye.. jadi saye nak cite sikit pasal Saye..
Saya nie dulu bekas pemain bola sepak shahzan muda.. Tapi memikirkan masa depan saya, saya berhenti dengan bantuan & dorongan kuarge. Now, saya telah melanjutkan pelajaran ke IPTS. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. Semasa saya tiba di Politknik Syed Sirajuddin Arau Perlis (PTSS) saya berasa amat terharu dengan kehadiran pelajar baru (fresshie) yang berpusu2 ingin mendaftar. Ibubapa yang hadir turut sama meriahkan hari pendaftaran terbabit.

First Hour selepas mendaftarkan diri kami dsuruh check in dbilik yang akan kami menginap selama 1 semester (6 bulan). jika ada rezeki kami akan stay lagi tp....... Faham2 jela. Hehehe.
Selepas kuarge ku menghantar kan ku ke bilik mereka terus nk blk kerana perjalanan mereka masih jauh.. perjalanan mereka memakan masa selama 6 jam (maklumlah orang pahang). Selepas mereka beredar baru saya mula mencari rakan serta memperkenalkan diri. Syukur rakan2 disini semua peramah serta baik budi pekerti.

Selepas itu bermula lah sesi paling mengerunkan bagi Fressie2 nie iaitu orientasi.. He5. Selama seminggu kami mengharungi saat yang paling membosankan tue.. Selepas selesai sesi penutupan tue kami dberi outing. Ape lagi saat yang dnantikan oleh semua pelajar untuk melepaskan geram kerana dtahan selama semingu d PTSS. Pada hari isnin kami dperkenalkan d jabatan kami iaitu Jabatan RekaBentuk Komunikasi & Visual(JRKV). Saya adalah seorang student seni digital (seni visual). Selepas mereka menayangkan video animasi kepada kami iaitu artwork senior2 kami saya menjadi x keruan coz saya bukan student yang tau pasal melukis nie.. Dalam hati Allah je la yang tau.. Selepas saya menempuhi selama sebulan (sekarang) baru la saya rasa sikit2 pasal seni nie. segala kerja pasal mewarna @ melukis mesti buat 2 kali.He5. kayu la ktekan.

Nasib saya memang baik kerana mempunyai rakan seperti AdneyShafiq kerana dia mengajar erti payah perih kepada ku seta rakan yang x kan ku lupakan iaitu Awe seorang jokes yang x kan membuat saya bosan serta sedih kerana dia seorang yang pandai mengambil hati rakan2 nyer.... Dkelaz plak Kesemua rakan2 ku boleh dkatakan happy go lucky coz mereka sume ceria. Tp ada la part2 yang kurang menyenangkan tp itu bese la dalam berkawan kan.... Standart la 2 lumrah kehidupan sume manusia x sempurna kte kena la terima dengan hati yang tbuka....

Bab awek memang best coz saya sampai demam kerana seorang gadis nie..... nak tau sape???? Secret la..... he5. Dia memang cute, skali pandang mcm Heliza AF, tp perangai dia lain pada yang lain. Dia nie memang taste saya. Dia nie memang mcm bekas awek saya dulu memang saling tak tumpah.. Tapi perangai dia nie buat saya x berapa sangat dengan dia.. Suka marah kt saya tanpa sebab.. Apelah salah saya kt dia ????? Klu dia baca Blog saya nie minta dia renungkan lah.....Sampai sekarang saya tak tegur dia..... Klu betul saya ada buat salah dengan dia saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki....

Part assigment nie saya paling suka buat coz time Skool saya aku nia paling malas nak buat.. Klu cikgu tanya mana kerja kamu mesti keluar alasan tak sempat. Mentang2 la duduk Skool projek sukan... HE6.... Insyallah saya nak kekalkan attitude saya nie hingga ke akhir Semester (SEM. 6)....Saya nak siapkan sume assigment sebelum submitt date.. Hm. K la panjang la plak rasa nyer..Sekarang tiba masanyer saya ingin solat asar serta ingin beriadah dpetang hari. Insyaallah jika ada masa kte bertemu lagi............................